mengenaiKU

-Terima kasih Tuhan sebab lahirkan saya di dunia ni, sebagai seorang lelaki (oh). dibesarkan didalam keluarga yang bahagia. emm, anak ke 3 daripada 24 orang adik beradik (buat masa ni). bersekolah sehingga darjah 6. umur 13 je dah belajar sendiri, dengan keluarga dan kawan2.

-tentang web ni? baru belajar nak edit/buat web, jadi ni yang pertama. kalau tak cantik ke, agak boring ke, minta maaflah ye. itu terpulang pada yang melihat. bagi saya, memang masih tak puas hati dan akan terus belajar dan mengindahkan apa yang dipelajari.

-kemahiran? memang banyaklah tapi kebanyakannya yang asas2 je. kalau nak bertukang tu bolehlah sangat. setakat pegang2 tukul tu, NO HALlah! bukan nak sombong ye. nak kongsi pengalaman je. memang kena tahu banyak benda dan perkara. kalau tak susahlah kan?! takkan nak bergantung dengan orang lain jer.

-mula belajar grafik diawal umur 13 tapi takderla ngadap selalu. cuma banyaklah peluang disitu. belajar pun dengan kawan2 jer. dah banyaklah hasil2 rekacipta yang dah dikeluarkan/diprodukkan. pernah buat buku kanak2,  majalah, vcd panduan praktikal fardhu ain, label ubat, banting, iklan, kad kahwin, kad raya, baju dan macam2la lagi. ni semua Tuhanlah yang mengizinkan. Terima Kasih Tuhan.

OKlah! rasanya cukupla kot. bukan best pun kalau citer semua. apa2 pun terima kasih sebab sudi bertandang disini. SYUKRAN!